SAYA akan akan mendirikan rumah tangga, tidak lama lagi. Apa yang menjadi kemusykilan saya, setiap malam saya bermimpi basah (ini tidak menjadi masalah sebaliknya normal untuk mendapat mimpi basah), saya dapati air mani berketul-ketul seperti agar-agar dan ada cairan jernih di sekeliling ketulan.
Apakah ini normal atau menunjukkan kemandulan?
Lelaki Runsing,
Kuala Lumpur.
Apakah ini normal atau menunjukkan kemandulan?
Lelaki Runsing,
Kuala Lumpur.
SAUDARA, sebahagian besar dari kandungan air mani datangnya dari kelenjar prostat. Selain dari itu, ada juga cecair yang dihasilkan oleh kelenjar seminal, iatu kelenjar berkembar yang terletak di bahagian belakang kelenjar prostat.
Sperma pula dihasilkan di dalam buah zakar. Selepas ia matang (mengambil masa 10 minggu), sperma akan bergerak naik dan disimpan dalam epididymis. Ia disimpan selama dua minggu sebelum ia diserap balik ke dalam badan jika proses ejakulasi tidak berlaku.
Ketika seseorang lelaki berahi, sperma akan naik melalui struktur berbentuk tiub yang dipanggil vas deferens dan masuk ke dalam kantung ejakulatori. Semasa ejakulasi, semua komponen dari kelenjar yang berbeza ini akan bersatu dan menghasilkan air mani.
Selain dari itu, ada rembesan dari kelenjar Cowper’s yang dikenali sebagai air mazi. Semua cecair ini mempunyai peranan tersendiri. Ada yang membekalkan fructose iaitu sejenis gula yang memberikan tenaga kepada sperma.
Ada juga yang berfungsi untuk meneutralkan keadaan berasid di dalam saluran urethra (keadaan berasid berlaku selepas kencing). Oleh itu, kandungan air mani sebenarnya mengandungi hanya 10 peratus sperma manakala yang lainnya adalah enzim, vitamin C, kalsium, protein, zink, asid citric dan gula fruktos.
Seseorang lelaki akan menghasilkan antara dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali ejakulasi. Warna sebenar air mani adalah putih kelabu( whitish grey) dan likat. Bagaimanapun, bentuk, kepekatan dan warna air mani bergantung kepada frekuansi seseorang mengalami ejakulasi; diet yang diambil dan keadaan kesihatan secara umum.
Saudara tidak perlu bimbang mengenai air mani saudara berketul. Ini bukan bermakna air mani yang berbentuk sedemikian menandakan kehadiran banyak sperma yang mati dan boleh menimbulkan kemandulan.
Air mani yang bergumpal atau berwarna kuning selalunya berlaku apabila seseorang jarang mengalami ejakulasi. Ia juga boleh berlaku dalam situasi di mana ejakulasi yang kerap akan menyebabkan kepekatan cecair dalam kelenjar seminal.
Ada juga situasi di mana saudara perlu berjumpa dengan doktor. Ini apabila air mani bercampur dengan darah, air mani berbau busuk atau kesakitan yang berlaku semasa proses ejakulasi.
Jika saudara mahukan kepastian mengenai tahap kesuburan anda, saudara boleh berjumpa dengan doktor pakar dan ujian air mani boleh dilakukan untuk mengetahui bilangan sperma yang ada dalam air mani saudara.
Selain dari bilangan, bentuk dan tahap motiliti sperma juga boleh ditentukan. Untuk makluman saudara, seseorang lelaki normal akan menghasilkan 70 hingga 150 juta on sperma dalam sehari dan satu camca teh air mani boleh mengandungi 200 juta hingga 500 juta sperma.
Info dari berita harian.
Info Lanjut Tambah Air mani klik sini
TESTIMONI 2 PENYAKIT MERBAHAYA DENGGI
8 years ago
No comments:
Post a Comment