MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.
Dalam keadaan ini, bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin, dalam bahasa mudahnya, hubungan mereka sudah mula dingin.
Boleh saja berlaku, sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting, bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.
Tidak dinafikan, menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka. Anda perlu pastikan, adakah pasangan anda kurang sihat? Ataupun dia letih atau tekanan (stress) ?
Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Wanita, seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.
Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.
Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah kolesterol tinggi, penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi, semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.
Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu, dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati putik’ atau ‘disfungsi seksual wanita’. Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.
Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Menjaga berat badan, mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fisikal dan stamina kukuh.
Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone, dia boleh mengamalkan suplimen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.
No comments:
Post a Comment