Soalan: SAYA berusia 30 tahun dan baru berkahwin. Saya mendapati alat sulit saya kelihatan kecil. Adakah ini bermakna zakar saya tidak sempurna? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Adakah cara tradisional seperti suntikan minyak tradisional pada buah zakar dapat mengatasi masalah ini?
Jojo
Pasir Mas, Kelantan.
Jawapan: Tidak dinafikan memiliki bentuk dan saiz zakar sempurna memberi keselesaan dan kepuasan kedua-dua pasangan ketika bersetubuh. Ada juga lelaki yang belum berkahwin berasa was-was tentang saiz zakar mereka.
Dalam hal ini, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat dan membuat pemeriksaan alat kelamin sebelum melakukan keputusan membesarkan zakar.
Jika disahkan anda perlu melakukannya, saya syorkan penggunaan alat-alat penarik otot zakar. Ia sejenis alat mesra pengguna dan dapat menambah di antara dua hingga lima sentimeter saiz ukur panjang dan ukur lilit yang tetap. Alat ini sebenarnya direka untuk tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau penyakit Peyronie.
Secara kebetulan ia didapati boleh membantu menambah saiz zakar 'mikropenis'.
Perlu diingatkan suntikan pada zakar menggunakan minyak bunga atau kayu cendana tidak membantu pembesaran zakar. Sebaliknya, ia akan menyebabkan kulit zakar membengkak dan mengalami keradangan. Lebih perit lagi, ia boleh menyebabkan untut iaitu bengkak pada kaki.
Selain kaedah suntikan, ada antara lelaki yang menggunakan kaedah tidak selamat seperti menggantungkan kayu dan batu pada zakar dan celah paha mereka semata-mata untuk membesarkan zakar.
Kelamin aset terpenting anda, jadi dapatkan nasihat doktor atau pakar untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Alat Regangan Zakar vimax extender more...
Vimax Pills herba made in canada more.....
No comments:
Post a Comment