Thursday, December 10, 2009

ZAKAR TEWAS ZAKAR KELUAR AIR MANI CEPAT

Sering tewas


SAYA berusia 26 tahun dan mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. Masalah saya, selepas empat bulan berkahwin, saya kerap ‘tewas’ awal setiap kali bersama isteri, sedangkan sebelum ini saya mampu bertahan lama serta memuaskan isteri.


FARID
Kuala Lumpur





Perkara yang anda alami sering terjadi pada semua lelaki pada peringkat awal perkahwinan apabila anda baru mula berjinak-jinak dengan persetubuhan dengan pasangan.

Anda akan dapati, jika tusukan hanya menggunakan penghujung anggota sulit anda menusuk faraj, sudah tentu bahagian yang amat sensitif itu mudah terangsang dan sukar dikawal, terpancut terus dan tidak sempat mengawalnya.

Jika anda masukkan keseluruhan anggota sulit dalam corong faraj sehingga ke pangkal zakar dan hanya bergerak sedikit iaitu menarik dan menolak ereksi sedikit dalam keadaan ereksi anda keras dan padat, anda dapat kekal lama kerana bahagian ereksi yang anda gunakan iaitu pangkal zakar tidak sensitif.

(Ereksi boleh dipadatkan dengan mengemut atau mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing seperti menahan kencing atau menahan kentut).

Kaedah persetubuhan berdaya tahan ini dikenali sebagai teknik bersepadu atau ‘Coital Alignment’. Untuk meningkatkan kesedaran, penghujung zakar anda boleh gunakan krim perapi anggota sulit yang dirumuskan khusus iaitu krim perapi genital ‘virile’ untuk lelaki.

Krim ini sudah diuji kaji dan didapati mampu meningkatkan kesedaran dan keyakinan, namun ia bukan krim seks atau untuk membesarkan zakar. Tiada krim sebegitu.

Dari Harian Metro...

No comments: